Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Tulisan Jawi: سيستم ڤڠڠكوتن ڬرق چڤت) atau lebih dikenali sebagai MRT ialah sebuah sistem transit aliran deras yang membentuk komponen utama dalam sistem kereta api di Singapura dan ia menjangkau di seluruh negara kota ini. Bahagian pertama sistem MRT ini iaitu di antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang telah dibuka pada 7 November 1987 dan ini menjadikannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini berkembang pesat sebagai hasil daripada tujuan Singapura untuk membangunkan jaringan kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Singapura, dengan purata perjalanan penumpang harian seramai 3.27 juta pada 2016 (termasuklah Sistem Rel Ringan).[1]Jaringan MRT ini mempunyai 106 buah stesen yang dalam operasi dengan panjang aliran kereta api sehingga 178.2 kilometer (110.7 bt) dan ia menggunakan tolok piawai. Laluan–laluan kereta api tersebut dibangunkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), suatu badan berkanun di bawah Pemerintah Singapura. Konsesi pengendalian sistem MRT diberikan kepada syarikat berasaskan laba iaitu SMRT Corporation dan SBS Transit, di mana para pengendali ini juga mengelolakan perkhidmatan bas dan teksi; ini menjamin terdapatnya penyepaduan penuh dalam perkhidmatan pengangkutan awam. Perkhidmatan sistem metro ini turut dilengkapi dengan beberapa rangkaian Sistem Rel Ringan (LRT), di mana ia menghubungkan stesen–stesen MRT dengan estet−estet perumahan awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).[2]

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Panjang sistem 199.6 kilometer (124.0 mi)
Jumlah stesen 184 (119 beroperasi, 62 sedang dibina atau dalam perancangan)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kk 8½ in) tolok piawai
Lokasi  Singapura
Jenis transit Transit aliran deras
Jumlah laluan/aliran 8 (5 beroperasi, 1 sedang dibina dan 2 dalam perancangan)
Pengendali
Nama asal
  • Mass Rapid Transit (Inggeris)
  • 新加坡地铁系统 (Cina)
  • சிங்கப்பூர் துரிதக் கடவு ரயில் (Tamil)
Mula beroperasi 7 November 1987; 32 tahun yang lalu (1987-11-07)
Bil. penumpang harian 3.1 juta (2016)[1]

Rujukan

WikiPedia: Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) http://www.alstom.com/press-centre/2012/2/alstom-t... http://itunes.apple.com/sg/app/mytransport-singapo... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembinaa... http://www.bootsnall.com/articles/11-11/15-of-the-... http://www.channelnewsasia.com/cna/obituaries/ongt... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/govt...